Jumaat, 26 Ogos 2011

cinta abadi

hatiku berlagu,
mencarimu dalam nada nada cinta,
tak selalu yang kita bayangkan akan kita dapat,
dan tak selalu apa yang kita dapat seperti kita bayangkan.

Selasa, 23 Ogos 2011

Sepi

Aku mencari-cari
Kemana hilangnya kamu yang dulu,
Aku mencari-cari
Dimana Perginya kasihmu itu.

Aku sepi,
Aku mencari,
Aku berhenti dan mencari kembali,
Namun kau masih belum aku temui.

Kasih, rindu, sayu,
Bersatu di dalam jiwa dan ragaku.
Hanya tuhan yang tahu.


Isnin, 22 Ogos 2011

Suatu Permulaan

Jika tiada awal maka tiada akhirnya. begitulah dengan kehidupan seharian kite. kite bermula di awal pagi dan berakhir di malam hari. Kepenatan mencari sesuatu yang kita ketahui. Apa yang anda cari dalam kehidupan anda selama ini? Hanya anda yang mengetahui. Aku sang pencari masih mencari dan terus mencari kemana hala tuju diri dan ape yang aku kehendaki dalam kehidupan aku. Kegembiraan atau Kesedihan.

Tak semua orang merasai kegembiraan sahaja dalam hidup mereka, dan tak semua orang merasai kesedihan sepanjang hidup mereka. Tuhan memang adil. Dia memberi kita rasa apa itu kegembiraan, apa itu kesedihan. Aku juga begitu, Kadang-kadang aku gembira, kadang-kadang aku sediah. Itu semua hanya ujian buat kita sebagai insan.

Jangan mudah berputus asa bila kesedihan atau kekecewaan menghampiri. Tetapi berusahalah untuk keluar dari kesedihan itu, dan mencari kegembiraan sendiri.

Yang pasti aku akan sentiasa mencari dan terus mencari.

salam perkenalan dari pantai timur.